Wednesday 1 January 2014

(TANPA TAJUK)

Berdiri di antara lari atau terus duduk disini menunggu takdir yang seringkali mendesak dia untuk membuat keputusan sendiri. Cuba untuk lari tapi terlalu takut untuk melalui hari-hari yang bakal dia hadapi nanti. Mahu saja dia duduk disini tanpa memikirkan takdirnya nanti. Situasi menghimpit ini bukan sekali dua dia hadapi. Tapi jawapan bagi persoalan yang sama pada sebelum-sebelum ini, dia lebih memilih untuk terus duduk disini menunggu takdirnya.

***

Nurul Husna Hanani, gadis berusia 16tahun yang gemar dipanggil dengan nama Naa kerana perwatakannya sedikit kebudak-budakkan. Rakan-rakannya sukar untuk melihatnya menangis walaupun adat bagi seorang perempuan untuk menangis di khalayak ramai memang biasa. Tetapi itu dinafikan bagi Naa yang tak suka menangis di hadapan kawan-kawannya. Hari ini, Lili menumpang di rumah Naa atas alasan malas pulang ke rumah kerana keadaan rumah Naa membuatkan Lili lebih selesa untuk tinggal di rumah Naa. Naa yang duduk bersama seorang seorang kakak dan ibu bapanya di perumahan kawasan Damansara. Lili selalu datang di ambil oleh kedua orang tua Naa. Kedua orang tua Naa sudah menganggap Lili seperti anak angkat mereka. 'Awak tidur rumah makcik ke, Lili?' Ibu Naa, Puan Kamsiah meringankan mulut apabila menyedari suasana di dalam kereta sunyi. Cuma bunyi yang keluar dari radio memenuhi ruang perut kereta untuk dijamah pasangan telinga. Lili sedikit terkejut dengan pertanyaan ringkas dari ibu Naa.

'A'ah makcik.'

Ringkas jawapan yang keluar dari mulut Lili lalu menguntumkan sepasang senyuman yang nampak jelas dibuat-buat. Sebenarnya Lili sendiri tidak tahu dia mahu tidur di rumah Naa atau tidak kerana keluarga Lili dalam keadaan yang sedikit tegang.

'Awak tidurlah rumah makcik. Adalah kawan sikit si Naa tu. Dia tu tak suka keluar rumah sangat.'

Ibu Naa menambah lagi apabila mendengar jawapan dari mulut Lili. Lili cuma menyimpulkan senyuman tanpa sebab. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu untuk menyimpulkan senyuman apabila ibu Naa menghabiskan ayatnya lalu memandangnya. Respon yang cukup ringkas tetapi cukup buat ibu Naa berpuas hati.

***

Naa dan Lili berjalan ke arah kedai runcit perumahan Naa. Mereka boleh menaiki basikal tetapi basikal cuma ada satu. Mereka terpaksa juga berjalan dalam gelap malam kira-kira pukul 11malam. Mereka berpegangan tangan sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa enam hingga tujuh minit itu. Lili nampak lebih penakut berbanding Naa apabila melihat sekumpulan lelaki yang menghidu gam sedang mendekati mereka. Naa dan Lili dengan pantas terus berlari ke arah kedai runcit yang sudah nampak dari pandangan mata mereka.

'Cepat lari!'
'Argh!'

Sampai sahaja kedai, masing-masing mengambil nafas yang panjang untuk menstabilkan kembali dada mereka yang sedang melaju naik turun. Naa sebenarnya tiada masalah dalam larian kerana Naa juga merupakan salah seorang atlet sekolah yang disegani kerana kelajuannya dalam acara lumba lari. Rumah sukan mana yang dapat Naa, pasti akan bersorak gembira kerana mereka tahu rumah sukan mereka akan conquer acara larian. Berbanding pula dengan Lili. Lili merupakan seorang yang suka menulis. Malahan Lili pernah berniat untuk mengeluarkan zine sendiri tetapi dia membatalkan niatnya apabila dia menyedari poketnya terhimpit.

'Kau ok tak?'
'Ok.'

Ringkas perbualan mereka cuma untuk bertanyakan keadaan masing-masing yang masih lagi memegang kepala lutut masing-masing. Naa bangkit dulu sebelum Lili. Lalu mereka berdua berjalan sekitar kedai runcit sambil mata meliar tak berkelip. Mencari makanan untuk pagi buta nanti.

Selesai sahaja membeli makanan ringan di kedai runcit, mereka mula bergerak pulang. Tiba-tiba, Lili langkahnya terhenti. Dia teringat saat dia dan Naa dikejar tadi. Naa menoleh ke belakang melihat gelagat Lili yang seolah batu. Tiang yang bersebelahan Lili pun Naa nampak sudah serupa. Naa ketawa kecil. Naa mendekati tubuh Lili.

'Kau kenapa Lili?'

Lili cuma membalas pertanyaan Naa dengan gelengan kecil. Tak pasti ragu-ragu atau apa tapi kelihatan muka Lili pucat sedikit. Naa cuba meneka apa yang membantutkan langkah Lili.

'Pasal tadi ke?'
'Takdalah.'
'Habistu?'

Lili tidak membalas pertanyaan Naa. Nampaknya tekaan Naa tepat.

'Macam mana kau boleh tersenyum lagi?'
'Sebab aku dah penat menangis.'
'Maksudnya?'
'Dorang selalu tengok aku menangis. Apa kata kalini aku senyum rasa bersyukur sebab hari ini aku tak bersendirian. Mungkin hari ini hari kemenangan aku.'

No comments:

Post a Comment