Monday 14 October 2013

Luah.

Luah, satu ketika aku duduk bersimpuh-berlipat kaki-bersila atau sebagainya tanda aku tak selesa dengan diri aku. Tak. Dengan perasaan aku. Yang bercampur pahit-manis dengan hati dan jiwa aku. Sampai aku dah tak tahu rasa apa hati dan jiwa aku. Tawar mungkin. Tak kot. Lagi pantas aku cakap, kelat. Sebab rasa itu sudah sebati.

'Kau rasa apa?'
'Entah.'
'Kenapa entah?'
'........'
'Kau patut tahu apa yang kau rasa.'
'Maaf, aku tak dapat nak tuliskan rasa.'
'........'
'Sebab rasa ini cuma entah.'

Dan aku benci bila berbicara dengan hati sendiri. Tak tahu nak ungkapkan rasa sebenar hati aku. Benci. Kadang-kadang perasaan itu tiba-tiba datang, tapi perasaan apapun tak tahulah. Aku cuma tahu, perlu terus hidup. Jalani segala.

Hidup, teruskan berjalan. Hati, teruskan berdegup.

Senyum itu satu kebodohankan? Penat senyum. Penat. Yelah, mungkin terlalu murahan untuk jiwa-jiwa yang tak bersyukur. Tak bersyukur aku masih tersenyum. Sedangkan yang paling dalam tidak. Tidak pernah mahu senyum. Dan senyum itu tak wujud. Pemanis wajah juga bukan. Juga memuaskan hati-jiwa segala yang di sekeliling aku.

'Dosa tak menipu dalam senyuman?'
'Dosa kot sebab tetap menipu.'
'Kalau macam tu, berapa banyak dah dosa aku?'
'Entah. Aku bukan yang mencatat amal baik-buruk kau.'
'Tapi, dorang semua suka.'
'Siapa?'
'Semua yang ada sekeliling aku.'
'..........'
'Aku rasa, dah ada buku khas untuk menipu dalam senyuman.'
'Mana kau tahu?'
'Aku cuma rasa.'

Kan? Takda jawapan untuk itu. Takda. Dan takda jawapan untuk aku beritahu rasa bangsat ni. Yang aku pasti, cuma bangsat.

Dan mereka akan tahu makna rasa itu,
Selagi senyum itu masih terukir di wajah aku.
Sekali aku simpan senyum itu,
Jangan minta lagi.
Jangan.