Thursday 9 January 2014

Istanbul dan Liverpool.

Aku ada pasang impian. Macam semua orang-orang lain juga. Ada yang pasang impian nak ke Paris, ada yang nak ke Hong Kong, dll. Aku cuma mengharap dua tempat sebelum Mekah dan syurga (abadi) iaitu Istanbul dan Liverpool.

Alasan aku nak ke Istanbul? Aku pernah tengok cerita Istanbul Aku Datang yang dilakonkan oleh Beto Kushairi dan Lisa Surihani. Aku cukup tertarik dengan pemandangan yang ditonjolkan dalam cerita tu. Lokasi pergambaran cerita tu sepenuhnya di Istanbul. Alasan kedua, dah ada dua orang kawan aku yang sudah pernah ke sana. Dan mereka cukup gembira bila pulang ke Malaysia. Katanya, dia tak puas untuk menikmati suasana dan pemandangan di sana. Bagi aku, pemandangan di sana seolah pemandangan yang seksi. Cahaya yang cukup montok dan susunan bangunan di bandar Istanbul berbentuk nombor lapan. Seksi. Alasan seterusnya dan terakhir; Aku salah seorang peminat kelab bola sepak liga inggeris, Liverpool. Peminat Liverpool mesti tahukan apa kaitan Istanbul dan Liverpool FC? Pada 25 Mei 2005, Liverpool telah memenangi trofi Liga Juara-Juara mengalahkan lawannya ketika itu, AC Milan. Dan perlawanan itu berlangsung hebat di Istanbul. Perlawanan Liverpool VS AC Milan itu merupakan salah satu perlawanan yang peminat Liverpool mahupun bukan peminatnya sukar memadam kisah perlawanan tersebut dalam kepala masing-masing.

Alasan aku nak ke Liverpool? Semenjak sekolah rendah lagi, aku cukup minat dengan kelab inggeria ini selain kelab liga tempatan, Selangor Darul Ehsan. Pada tahun yang sama (tak silap aku), Liverpool dan Selangor mengalami zaman kegemilangan dengan cara masing-masing. Dan aku cukup berharap dapat pergi Stadium Anfield yang merupakan nadi bagi penyokong dan pemain Liverpool sendiri. Aku cukup suka dengan pemain legenda bagi aku tetapi kurang dari segi populariti, Steven Gerrard. Aku berharap, ketika aku ke sana; Liverpool sedang beraksi di Stadium Anfield dan aku mampu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu secara langsung.

Itu saja perkongsian diri sendiri yang tak berapa menarik. Asalkan, aku kongsi sesuatu untuk kau baca dan tahu. Selamat! ;)

No comments:

Post a Comment