Wednesday 13 January 2016

Aku Pasti Akan Pulang

maafkan aku membiarkan kau berjalan tunduk,
membenarkan air mata jatuh lalu terduduk,
bukanlah niatku untuk menjemput resahmu,
mahu sajaku pendam tetapi yang menyala itu tak pernah padam,
senja itu kita berjalan dan menjauh,
jarak antara kita tidak membenarkan kasih itu jatuh,
tidak berpegangan tangan dan berkata sepatahpun,
cuma mengharap embun yang kecil dapat menyejukkan kita di waktu subuh,
jangan bimbang, sayang
aku pasti akan pulang,
aku pasti akan pulang.

Monday 11 January 2016

Cerita Para Bintang Yang Tidak Menghiasi Malam

bintang selalu bertanya bintang,
'salahkah aku cemburui bulan,
salahkah aku cemburui bulan,
salahkah aku cemburui bulan,'
sedangkan bulan selalu disampingnya,
malah bintang merasakan yang bulan sentiasa ada,
cuma selalu bintang merasa,
yang bulan terlalu mesra dengan manusia,
keraguan itu menjadi tanya,
para bintang pun mengecil-mengecil-mengecil,
kerana sedar yang manusia lebih hebat mengagungkan keindahannya,
lebih hebat menyanyi lunak tika hadir dirinya,
lebih hebat menyusun kata tika bercerita,
dan sejak malam itulah bintang tidak lagi menghiasi malam.

Wednesday 22 January 2014

Ringkas buat bekas.

Sangkallah selagi berakal. Sampai masa, kau tak bisa sangkal ketika kau pulang ke pangkal.

Thursday 9 January 2014

Istanbul dan Liverpool.

Aku ada pasang impian. Macam semua orang-orang lain juga. Ada yang pasang impian nak ke Paris, ada yang nak ke Hong Kong, dll. Aku cuma mengharap dua tempat sebelum Mekah dan syurga (abadi) iaitu Istanbul dan Liverpool.

Alasan aku nak ke Istanbul? Aku pernah tengok cerita Istanbul Aku Datang yang dilakonkan oleh Beto Kushairi dan Lisa Surihani. Aku cukup tertarik dengan pemandangan yang ditonjolkan dalam cerita tu. Lokasi pergambaran cerita tu sepenuhnya di Istanbul. Alasan kedua, dah ada dua orang kawan aku yang sudah pernah ke sana. Dan mereka cukup gembira bila pulang ke Malaysia. Katanya, dia tak puas untuk menikmati suasana dan pemandangan di sana. Bagi aku, pemandangan di sana seolah pemandangan yang seksi. Cahaya yang cukup montok dan susunan bangunan di bandar Istanbul berbentuk nombor lapan. Seksi. Alasan seterusnya dan terakhir; Aku salah seorang peminat kelab bola sepak liga inggeris, Liverpool. Peminat Liverpool mesti tahukan apa kaitan Istanbul dan Liverpool FC? Pada 25 Mei 2005, Liverpool telah memenangi trofi Liga Juara-Juara mengalahkan lawannya ketika itu, AC Milan. Dan perlawanan itu berlangsung hebat di Istanbul. Perlawanan Liverpool VS AC Milan itu merupakan salah satu perlawanan yang peminat Liverpool mahupun bukan peminatnya sukar memadam kisah perlawanan tersebut dalam kepala masing-masing.

Alasan aku nak ke Liverpool? Semenjak sekolah rendah lagi, aku cukup minat dengan kelab inggeria ini selain kelab liga tempatan, Selangor Darul Ehsan. Pada tahun yang sama (tak silap aku), Liverpool dan Selangor mengalami zaman kegemilangan dengan cara masing-masing. Dan aku cukup berharap dapat pergi Stadium Anfield yang merupakan nadi bagi penyokong dan pemain Liverpool sendiri. Aku cukup suka dengan pemain legenda bagi aku tetapi kurang dari segi populariti, Steven Gerrard. Aku berharap, ketika aku ke sana; Liverpool sedang beraksi di Stadium Anfield dan aku mampu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu secara langsung.

Itu saja perkongsian diri sendiri yang tak berapa menarik. Asalkan, aku kongsi sesuatu untuk kau baca dan tahu. Selamat! ;)

Wednesday 8 January 2014

2014.

Banyak benda aku tak boleh move on sebab perkara yang patut aku move on tu sebenarnya tak patut aku move on. Bila hidup memaksa kita terus ke hadapan dan kita mula memandang ke belakang, baru kita tahu betapa beruntungnya Nobita (dalam cerita Doraemon).

Tahun baru dan azam;
Bagi aku, azam itu hari-hari. Bukan setiap tahun. Dan perubahan tahun bagi aku adalah menunjukkan seseorang itu makin meningkat umurnya tetapi belum tentu makin cerdik pemikirannya. Dan kerana itu, ada lagi yang tua-tua percaya dengan azam baru tiap tahun.

2014;
Tahun adalah benda biasa yang aku biasanya akan tulis dalam buku sekolah, dulu. Sekarang tak lagi. Aku dah jalani hidup sebagai seorang yang memiliki 24jam sepenuhnya tanpa ada undang-undang yang menentukan aku perlu bangun pukul berapa. Seronok? Memang seronok. Duit nak cari mana? Kau ingat kawan kau nak kasi duit kat kau? Takda.

List wajib 2014;
1. PLKN
2. Novella Shizuka
3. Sambung belajar

2015;
Aku harap aku jadi sesuatu yang aku sendiri tunggu.

Wednesday 1 January 2014

(TANPA TAJUK)

Berdiri di antara lari atau terus duduk disini menunggu takdir yang seringkali mendesak dia untuk membuat keputusan sendiri. Cuba untuk lari tapi terlalu takut untuk melalui hari-hari yang bakal dia hadapi nanti. Mahu saja dia duduk disini tanpa memikirkan takdirnya nanti. Situasi menghimpit ini bukan sekali dua dia hadapi. Tapi jawapan bagi persoalan yang sama pada sebelum-sebelum ini, dia lebih memilih untuk terus duduk disini menunggu takdirnya.

***

Nurul Husna Hanani, gadis berusia 16tahun yang gemar dipanggil dengan nama Naa kerana perwatakannya sedikit kebudak-budakkan. Rakan-rakannya sukar untuk melihatnya menangis walaupun adat bagi seorang perempuan untuk menangis di khalayak ramai memang biasa. Tetapi itu dinafikan bagi Naa yang tak suka menangis di hadapan kawan-kawannya. Hari ini, Lili menumpang di rumah Naa atas alasan malas pulang ke rumah kerana keadaan rumah Naa membuatkan Lili lebih selesa untuk tinggal di rumah Naa. Naa yang duduk bersama seorang seorang kakak dan ibu bapanya di perumahan kawasan Damansara. Lili selalu datang di ambil oleh kedua orang tua Naa. Kedua orang tua Naa sudah menganggap Lili seperti anak angkat mereka. 'Awak tidur rumah makcik ke, Lili?' Ibu Naa, Puan Kamsiah meringankan mulut apabila menyedari suasana di dalam kereta sunyi. Cuma bunyi yang keluar dari radio memenuhi ruang perut kereta untuk dijamah pasangan telinga. Lili sedikit terkejut dengan pertanyaan ringkas dari ibu Naa.

'A'ah makcik.'

Ringkas jawapan yang keluar dari mulut Lili lalu menguntumkan sepasang senyuman yang nampak jelas dibuat-buat. Sebenarnya Lili sendiri tidak tahu dia mahu tidur di rumah Naa atau tidak kerana keluarga Lili dalam keadaan yang sedikit tegang.

'Awak tidurlah rumah makcik. Adalah kawan sikit si Naa tu. Dia tu tak suka keluar rumah sangat.'

Ibu Naa menambah lagi apabila mendengar jawapan dari mulut Lili. Lili cuma menyimpulkan senyuman tanpa sebab. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu untuk menyimpulkan senyuman apabila ibu Naa menghabiskan ayatnya lalu memandangnya. Respon yang cukup ringkas tetapi cukup buat ibu Naa berpuas hati.

***

Naa dan Lili berjalan ke arah kedai runcit perumahan Naa. Mereka boleh menaiki basikal tetapi basikal cuma ada satu. Mereka terpaksa juga berjalan dalam gelap malam kira-kira pukul 11malam. Mereka berpegangan tangan sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa enam hingga tujuh minit itu. Lili nampak lebih penakut berbanding Naa apabila melihat sekumpulan lelaki yang menghidu gam sedang mendekati mereka. Naa dan Lili dengan pantas terus berlari ke arah kedai runcit yang sudah nampak dari pandangan mata mereka.

'Cepat lari!'
'Argh!'

Sampai sahaja kedai, masing-masing mengambil nafas yang panjang untuk menstabilkan kembali dada mereka yang sedang melaju naik turun. Naa sebenarnya tiada masalah dalam larian kerana Naa juga merupakan salah seorang atlet sekolah yang disegani kerana kelajuannya dalam acara lumba lari. Rumah sukan mana yang dapat Naa, pasti akan bersorak gembira kerana mereka tahu rumah sukan mereka akan conquer acara larian. Berbanding pula dengan Lili. Lili merupakan seorang yang suka menulis. Malahan Lili pernah berniat untuk mengeluarkan zine sendiri tetapi dia membatalkan niatnya apabila dia menyedari poketnya terhimpit.

'Kau ok tak?'
'Ok.'

Ringkas perbualan mereka cuma untuk bertanyakan keadaan masing-masing yang masih lagi memegang kepala lutut masing-masing. Naa bangkit dulu sebelum Lili. Lalu mereka berdua berjalan sekitar kedai runcit sambil mata meliar tak berkelip. Mencari makanan untuk pagi buta nanti.

Selesai sahaja membeli makanan ringan di kedai runcit, mereka mula bergerak pulang. Tiba-tiba, Lili langkahnya terhenti. Dia teringat saat dia dan Naa dikejar tadi. Naa menoleh ke belakang melihat gelagat Lili yang seolah batu. Tiang yang bersebelahan Lili pun Naa nampak sudah serupa. Naa ketawa kecil. Naa mendekati tubuh Lili.

'Kau kenapa Lili?'

Lili cuma membalas pertanyaan Naa dengan gelengan kecil. Tak pasti ragu-ragu atau apa tapi kelihatan muka Lili pucat sedikit. Naa cuba meneka apa yang membantutkan langkah Lili.

'Pasal tadi ke?'
'Takdalah.'
'Habistu?'

Lili tidak membalas pertanyaan Naa. Nampaknya tekaan Naa tepat.

'Macam mana kau boleh tersenyum lagi?'
'Sebab aku dah penat menangis.'
'Maksudnya?'
'Dorang selalu tengok aku menangis. Apa kata kalini aku senyum rasa bersyukur sebab hari ini aku tak bersendirian. Mungkin hari ini hari kemenangan aku.'

Saturday 7 December 2013

KISAH ANTARA KESAH

Panggilan telefon masuk.
--Ell

'Kau kat mana?'
'Kat rumah, apsal?'
'Tolong aku kat Gudang Wak Begok!'
'Kau buat apa sana?'
'Datanglah cepat!'

Aku mencapai kunci Roy dan bergerak ke Gudang Wak Begok secepat yang mungkin. Tiada keputusan yang lebih tepat dari pergi ke sana. Atau lebih tepat, tiada jawapan lain yang wujud.

***

Sampai Gudang Wak Begok. Aku nampak satu pintu yang tak tertutup rapat. Ada bayang-bayang bergerak dan setempat. Aku makin ragu-ragu ke situ takut-takut ada orang lain yang sedang menunggu aku untuk takdir seterusnya. Aku terlalu takut dengan bayangan masa depan aku.

Berjalan perlahan ke arah yang suku ternganga bagi aku kerana aku tak tahu untuk terangkan keadaan sebenar kawasan itu. Yang perlu kau tahu, hati aku penuh tanda soal yang tergantung dalam minda tadi. Ini soal hidup dan mati bagi aku.

Aku makin rapat dengan pintu yang suku terbuka tu. Aku nampak Ell yang terikat di atas sebuah bangku. Aku makin cemas. Aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa, apa nak jadi, jadilah. Aku terus menerjah pintu itu.

Ell hilang.. Bayangan aku, mungkin.

'Giko! Hahahahaha!'

Suara itu datang dari belakang. Tak salah lagi Ell.

'Kau pahal pasang projektor bagai semata-mata nak kenakan aku?'
'Hahahaha. Aku nak kau lamar aku.'
'Kat sini?'
'A'ah, ni cincin.'
'Argh!'

Darah memancut-mancut keluar. Pandangan aku samar-samar nampak. Aku cuma nampak ada seseorang depan aku. Ell dan...

*lagu Attack - System Of A Down (SOAD)*

Lamunan aku terhenti apabila panggilan telefon masuk.
--Ell

'Kau kat mana?'
'Kat rumah, apsal?'
'Tolong aku kat Gudang Wak Begok!'
'Kau buat apa sana?'
'Datanglah cepat!'

Aku sedih pelik sebab ini seperti situasi yang aku lalui. Ah, pedulilah. Aku mencapai kunci Roy dan bergerak ke Gudang Wak Begok secepat yang mungkin. Tiada keputusan yang lebih tepat dari pergi ke sana. Atau lebih tepat, tiada jawapan lain yang wujud.

***

Sampai Gudang Wak Begok. Aku nampak satu pintu yang tak tertutup rapat. Ada bayang-bayang bergerak dan setempat. Aku makin ragu-ragu ke situ takut-takut ada orang lain yang sedang menunggu aku untuk takdir seterusnya. Aku terlalu takut dengan bayangan masa depan aku.

Berjalan perlahan ke arah yang suku ternganga bagi aku kerana aku tak tahu untuk terangkan keadaan sebenar kawasan itu. Yang perlu kau tahu, hati aku penuh tanda soal yang tergantung dalam minda tadi. Ini soal hidup dan mati bagi aku.

Aku makin rapat dengan pintu yang suku terbuka tu. Aku nampak Ell yang terikat di atas sebuah bangku. Aku makin cemas. Aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa, apa nak jadi, jadilah. Aku terus menerjah pintu itu.

Aku menumbuk terus ke muka lelaki yang menjaganya dan dua orang lelaki lagi cuba menangkap aku. Jeritan nama aku kedengaran dari mulut Ell. Aku berusaha melepaskan diri dan tiba-tiba..

'Nah, ni cincin. Pergilah.'
'Amende ni? Kau ingat kelakar ke?!
'Pergilah lamar dia. Ini je cara dia.'
'Aku tak kenal kau, kau diam. Lepaskan aku.'

Mereka lepaskan aku dan mereka hulurkan cincin untuk aku lamar Ell. Aku tumbuk muka salah seorang dari mereka dan aku terus berlari ke arah Ell. Geram.

*lagu Attack - System Of A Down (SOAD)*

'Ah, siapa pulak call ni?'
--Ell

'Kau kat mana?'
'Kat rumah, apsal?'
'Tolong aku kat Gudang Wak Begok!'
'Kau buat apa sana?'
'Datanglah cepat!'

Aku memandang jam pada telefon aku.
--1petang

'Ada apa pulak kt Gudang Wak Begok petang-petang camni..'