Tuesday 6 August 2013

Lapar

Hey kau! Kau yang berlari kerana kau tahu kau tak boleh sembunyi. Sini, dengarkan aku dulu.

Fahaman kau tentang cinta, apa?
Cinta selalu bikin hati rasa kenyang. Kenyang dengan rasa cemburu-sakit-emosi yang bertubi. Ya, kenyang dugaan.

Cinta mana yang tak hadir dengan dugaan? Mana datangnya dugaan tanpa pertamanya cinta? Mari aku jelaskan.
Cinta itu anugerah. Lahir tanpa pernah ada mana dan bila. Takda siapa boleh halang cinta, rindu juga benci.

Dugaan itu cinta, dan cinta itu cabaran.
Rindu itu awalan cinta, dan cinta itu cabaran.
Benci itu akhiran cinta, dan cinta itu cabaran.

Bila kali terakhir kau ucapkan kata cinta pada orang yang benar-benar kau cinta?
Sekarang; Nyatakan yang kau cinta pada dia. Biar dia rasa dugaan yang kita tempuh itu cabaran cinta.
Moga hati selalu lapar untuk telan semua dugaan lalu hadam dengan penuh rasa kesyukuran.

Monday 5 August 2013

Rahsia

Rahsia; Misi yang tak semua tahu, antara kau dan aku.
Dulu, kita cuma cerita dalam kamus lama. Aku buka dan selokar segala. Mula dari mana kita akhiri. Sampai satu masa, kau gelar aku cinta.

Sedar; Semua bahu pasti dan pasti takkan pernah sama.
Kau guna bahu aku, kata kau selesa. Tapi tak seselesa yang aku pernah jangka. Nakal, kau cari sepasang bahu baru. Sampai kau lupa bahu yang kau buang ini, rasa dan privacynya berbeza. Tapi tak mengapa, aku masih kunci setiap kata yang aku anggap ianya privacy. Sampai mati.

Pengakhiran; Tak perlu mati jasad untuk akhiri misi. Cuma mati hati.
Aku tak pasti segala yang aku pernah kata-laku tadi benar-benar kehendak aku. Aku rasa segala yang aku sirat-biratkan dalam hati, aku suratkan melaluan tulisan yang tak pernah kias (hipokrit) seorang lelaki. Aku egois.

Selesai; Sudahlah, teruskan apa yang kau terlanjur mula.
Tiada lagi kata yang aku mahu dengar-baca. Kata yang kau kumpul segala rahsia (yang kau sorok dari aku), dulu. Sekarang, kau luah segala dan aku tak perduli.

Gagal; Denyutan rasa yang tak putus mati.
Aku pernah bilang bukan, 'Kegagalan paling besar bila aku tak dapat jaga kau dan biarkan kau dalam kegelapan.'? Kali ini, cuma untuk dia. Dia yang rahsia. Aku kiaskan bahasa buat dia. Irama celaka yang aku gubah menjadi redha.

Teruskan; Misi yang kau baru cipta bersama dia.
Pernah aku kata, 'Jangan sampai satu masa, aku kata aku tak perduli. Kalau aku lemparkan kata itu, aku betul-betul tunaikan.' Aku dah tak perduli. Dan aku ada. Satu masa nanti, siulkan saja. Dan berharap aku perduli dengan siulan kau. Aku tak kemana, aku disini.

Aku bukan Tuhan yang tahu apa niat yang hadir-lahir dalam hati kau. Aku cuma membaca dari luar, dan fahaman aku berdasarkan apa yang pernah kau kata-luah. Cinta itu dalam maknanya. Hati-jiwa yang kau dagangkan. Kau luah, kau tak perduli. Ingat, aku perduli. Dan sampai hari ini, aku sudah tidak perduli.

Sunday 4 August 2013

Otak Dikepala (edit)

Tempat orang jangan dikocak.
Tidak tahu kita,
Yang kau gelak-tonggengkan itu syaitan.


Fikir selamat diri,
Agar tidak dipandang hina.
Risau resah gelisah hati kau,
Bila dikepung bala nanti,
Baru terbuka segala akal-fikiran kau?

Awan mendung pasti akan turunkan tentera hujan,
Apa lagi dendam yang mendalam.
Fikirlah manusia.

Sakit kepala (edit)

Aku duduk bersila. Duduk diantara cinta dan bimbang. Peneman yang sebenarnya menemani tapi tak menghargai. Dunia.

Sakit kepala, sakit hati.
Makan hati, kurus lagi.


Bilamana aku dan teman (aku) berhadapan. Memuji sambil cela itu ini. Segala cara aku persembahkan untuk melihat teman makin nampak kuat dari semua. Tapi aku cuma aku. Penat jaga hati sendiri juga jaga hati-hati lain yang meminta itu ini. Hati aku siapa yang mahu dengari? 


Cermin diri, tanya lagi.
"Cilaka!"
"Bangsat!"
Perkataan itu keluar lagi.
Tak puas-puas lagi.


Mampu berdiam diri.
Senyum; antara bongkak dan dendam.

Kononnya.
Akhirnya, makan hati.

Padan muka aku.
Sekali lagi.

Imaginasi (edit)

Kau yang sengaja.
Kau beri aku; secebis kertas dan seurat dakwat.
Aku lukis-reka imaginasi aku.
Aku faham kerna aku yang lukis. Atau cuma aku, mungkin.

Mati,

Berimaginasi.
Pergi,
Imaginasi.

Lukis yang aku bernama, karut.

Sang Naga yang berkuasa di negeri awangan tanpa kepak.
Terkurung aku,
Terdiam aku,
Tertipu aku,
Dalam imaginasi aku.


Ini bukan realiti.
Hanya imaginasi.


Nama lain bagi imaginasi, cuma impian yang kau lukis tapi kau tak mampu.
Karut!

Luka mana (re-post)

Sakit hati,
Hati mati,
Hati kosong,
Jiwa lopong.

Cinta mati,
Rahsia hati,
Sakit jiwa,
Luka mana?

Cukup sekali (re-post)

Cukup Sekali,
Kau ranapi,
Rumah hati.

Cukup sekali,
Kau bakari,
Pondok emosi.

Cukup sekali,
Kau hangusi,
Permainan perasaan.

Cukup sekali,
Sakit hati,
Siapa yang mahu ganti?

Saturday 3 August 2013

Lagu

Masih; Lagu itu berputar. Tapi tak seindah tanpa hadir-tari cinta kau, sayang.
Cinta -- menarilah, persembahkanlah dan katakanlah. Irama cinta yang telah dirasuk, indah nian.

Ingat; saat kau dengarkan aku satu lagu sebagai luahan yang paling dalam. Bagi kau, mungkin itu cara paling manis untuk luah rasa. Aku cuma sengih tanda faham, dan kau mula sipu-sipu malu. Kau dan aku yang bahagia. Lagu yang telah aku jadikan teman bangun tidur aku. 5minit panjangnya, dulu. Kini, 24jam sehingga aku menganggap diri aku 'legend' dalam lagu ini.


Aku yang mula tahu kuasa sebuah lagu.

Lagu yang menjadi langkah untuk terus atau mungkin menambah beban tapi bahagia.
Ya, beban rindu. Beban yang paling aku redha.

Jadi, aku cipta beribu irama cinta untuk kau dengar tika aku tidak disisi. Sedar; aku tak selalu disisi. Dan mungkin akan pergi, nanti. Dan bila hidup ini terlalu singkat untuk cipta cinta, aku panjangkan hayat cinta kita dengan lagu. Lagu yang aku cipta untuk kita.


Tapi, aku tak mahu cinta kita seperti lagu. Kerna, lagu punya penghujung. Tapi aku mahu cinta kita seperti indahnya alunan-irama lagu. Menari dengan nada rindu, di minda jika kau tidak disini.


Kau irama, aku lagu. Dan kita satu.

Bila

Tunggu.









Masih.










Menunggu.












Sampai bila?
Tunggu kau serupa tunggu mati, cinta. Tak pasti.

Friday 2 August 2013

Yang terdalam

Maafkan aku.

Jika aku mencipta bahagia,
--yang beri beban rindu yang kau tanggung sendiri.
--lalu hancurkan segala.
--dan biarkan kau sendiri.

Jika aku memberi luka,
--yang kau kenang-tangis selalu sebelum lena kau.
--lalu aku biarkan luka itu menjadi anak pertama tak berbapa.
--dan biarkan kau sendiri.

Jika aku tinggalkan rindu,
--yang tak mampu aku ganti dengan cinta aku.
--lalu hilang kata-bayang untuk kau ubati rindu itu.
--dan biarkan kau sendiri.

Jika aku tanamkan harapan,
--yang aku sendiri tak pernah sedari.
--lalu aku biarkan harapan itu jadi haram.
--dan biarkan kau sendiri.

Jika aku tabur beribu janji,
--yang kau pegang dan tunggu sehingga saat ini.
--lalu aku tak penuhi janji yang aku tabur, dulu.
--dan biarkan kau sendiri.

Jika aku mati,
--yang tinggalkan angan-angan kosong si bidadari.
--lalu tinggalkan rindu paling celaka sepanjang hidup kau.
--dan biarkan kau sendiri.

Pernah dulu, tapi dulu. Aku tahu kau takkan lupa. Aku dan kau, cuma kita saat itu. Luah kata dari yang terdalam. Segala yang tersirat jadi tersurat. Pernah aku tuliskan juga buat kau, semalaman berjaga untuk senyumkan kau tika bangkit dari tidur. Kata yang aku tak pernah luah dengan imaginasi cinta;

'Walau tak serupa matahari menerangi bulan.
 Walau tak serupa Romeo dan Juliet.
 Tapi aku yakin,
 Kita sememangnya indah tanpa pepatah dunia,'

Aku pernah tinggalkan satu nota buat kau sebelum kau terjaga dari tidur, dulu;

'Aku tak tahu bila kau dapat rasakan,
 Cinta aku bukan merah lagi.
 Cinta aku seperti orennya matahari.'

Segala rindu lama, yang kau tunggu jadi rindu baru,
Di hari dan waktu yang juga baru,
Untuk bina segala kenangan baru untuk dikenang pada masa depan.
InsyaAllah, panjang umur kita bersua-cinta lagi.

Nota

Nota yang tertulis entah bila. Tak diselitnya pula tarikh-masa juga nama penulisnya. Aku cuma tulis kembali apa yang aku baca dan dia tulis. Luahannya, mungkin. Ringkas dan berbisa (pada yang terasa). Ini notanya --

Dari;
penjenayah dunia (yang sedar diri).

Kehadapan;
mata-mata liar,
mulut-mulut celaka,
pasangan telinga penerima (yang mengiyakan),
hati hati dengki-dendam,
dan hakim-hakim dunia.

Fuck you.

Setelah baca, aku cuma mahu tanya 2soalan.
Apa yang kau selitkan pada hati? Apa yang kau titipkan pada Tuhan?

Setelah baca, moga kau bukan dalam kalangan mereka (yang tertulis dalam nota tersebut).

*cuma rekaan semata. Terima kasih pada yang terima, dan maaf pada yang kurang gemar.

Cinta. Cela-ka.

Cinta; Tapi cela kau tak terima.
Cinta; Tapi cela. Kau lupa cinta.
Cinta; Tapi cela-mencela-tercela.

Cinta celaka itu akan berubah menjadi rindu.
Dan akhirnya,
Kau menanggung beban paling berat.
Bukan dibahu, bukan ditelinga.
Tapi di minda dan hati.
Beban yang bernama rindu.

Nasi yang dah jadi bubur.
Kalau kau cerdik-pandai, nanaklah nasi. Jangan sampai jadi bubur sekali lagi.
Tapi orang selalu lupa atau mungkin buat-buat lupa untuk menanak nasi.
Bahagia tak datang untuk orang yang lupa (tak usaha) dan orang yang buat-buat lupa (membiarkan).