Monday 5 August 2013

Rahsia

Rahsia; Misi yang tak semua tahu, antara kau dan aku.
Dulu, kita cuma cerita dalam kamus lama. Aku buka dan selokar segala. Mula dari mana kita akhiri. Sampai satu masa, kau gelar aku cinta.

Sedar; Semua bahu pasti dan pasti takkan pernah sama.
Kau guna bahu aku, kata kau selesa. Tapi tak seselesa yang aku pernah jangka. Nakal, kau cari sepasang bahu baru. Sampai kau lupa bahu yang kau buang ini, rasa dan privacynya berbeza. Tapi tak mengapa, aku masih kunci setiap kata yang aku anggap ianya privacy. Sampai mati.

Pengakhiran; Tak perlu mati jasad untuk akhiri misi. Cuma mati hati.
Aku tak pasti segala yang aku pernah kata-laku tadi benar-benar kehendak aku. Aku rasa segala yang aku sirat-biratkan dalam hati, aku suratkan melaluan tulisan yang tak pernah kias (hipokrit) seorang lelaki. Aku egois.

Selesai; Sudahlah, teruskan apa yang kau terlanjur mula.
Tiada lagi kata yang aku mahu dengar-baca. Kata yang kau kumpul segala rahsia (yang kau sorok dari aku), dulu. Sekarang, kau luah segala dan aku tak perduli.

Gagal; Denyutan rasa yang tak putus mati.
Aku pernah bilang bukan, 'Kegagalan paling besar bila aku tak dapat jaga kau dan biarkan kau dalam kegelapan.'? Kali ini, cuma untuk dia. Dia yang rahsia. Aku kiaskan bahasa buat dia. Irama celaka yang aku gubah menjadi redha.

Teruskan; Misi yang kau baru cipta bersama dia.
Pernah aku kata, 'Jangan sampai satu masa, aku kata aku tak perduli. Kalau aku lemparkan kata itu, aku betul-betul tunaikan.' Aku dah tak perduli. Dan aku ada. Satu masa nanti, siulkan saja. Dan berharap aku perduli dengan siulan kau. Aku tak kemana, aku disini.

Aku bukan Tuhan yang tahu apa niat yang hadir-lahir dalam hati kau. Aku cuma membaca dari luar, dan fahaman aku berdasarkan apa yang pernah kau kata-luah. Cinta itu dalam maknanya. Hati-jiwa yang kau dagangkan. Kau luah, kau tak perduli. Ingat, aku perduli. Dan sampai hari ini, aku sudah tidak perduli.

No comments:

Post a Comment