Saturday 3 August 2013

Lagu

Masih; Lagu itu berputar. Tapi tak seindah tanpa hadir-tari cinta kau, sayang.
Cinta -- menarilah, persembahkanlah dan katakanlah. Irama cinta yang telah dirasuk, indah nian.

Ingat; saat kau dengarkan aku satu lagu sebagai luahan yang paling dalam. Bagi kau, mungkin itu cara paling manis untuk luah rasa. Aku cuma sengih tanda faham, dan kau mula sipu-sipu malu. Kau dan aku yang bahagia. Lagu yang telah aku jadikan teman bangun tidur aku. 5minit panjangnya, dulu. Kini, 24jam sehingga aku menganggap diri aku 'legend' dalam lagu ini.


Aku yang mula tahu kuasa sebuah lagu.

Lagu yang menjadi langkah untuk terus atau mungkin menambah beban tapi bahagia.
Ya, beban rindu. Beban yang paling aku redha.

Jadi, aku cipta beribu irama cinta untuk kau dengar tika aku tidak disisi. Sedar; aku tak selalu disisi. Dan mungkin akan pergi, nanti. Dan bila hidup ini terlalu singkat untuk cipta cinta, aku panjangkan hayat cinta kita dengan lagu. Lagu yang aku cipta untuk kita.


Tapi, aku tak mahu cinta kita seperti lagu. Kerna, lagu punya penghujung. Tapi aku mahu cinta kita seperti indahnya alunan-irama lagu. Menari dengan nada rindu, di minda jika kau tidak disini.


Kau irama, aku lagu. Dan kita satu.

No comments:

Post a Comment