Wednesday 4 December 2013

KL-JB (Zine Koyak Tanpa Pisau)

Jumaat, Kuala Lumpur.
Ini adalah kali pertama aku keluar dari Kuala Lumpur menaiki motorsikal. Kali ini aku bersama Jigs yang memang selalu join konvoi-konvoi motor ni. Jadi, aku rasa lega sikit sebab dia ni kira ada pengalaman. Aku bawa barang-barang yang aku rasa perlu. Charger dan powerbank memang wajib. Sangat wajib.

 'Kau bawak tak baju hujan?'
 'Tak. Nanti belilah kat kedai.'
 'Ada ke kedai jual?'
 'Ada kot. Tengoklah dulu. 7E ada kot.'

Persiapan Johor Bharu bukan hal main-main bila pergi sana satu motor saja. Bahaya, Tapi aku yakin perjalanan ini lebih bermakna dari mana-mana cerita dalam hidup aku. Hidup aku masih di bawah tempurung. Dengar-dengar apa yang berlaku di luar tapi tak lihat dengan mata kepala sendiri.

***

Jumaat. Pekan Rabu, Johor Bharu.
 'Aku tak bawak boxer ah. Gila.'
 'Belilah sini. Ada jual kot.'
 'Jomlah cari jap.'

Berjalan sekitar Pekan Baru dengan harapan adalah yang menjual boxer. Perjalanan di sini tak berapa nak best sebab makwe tak ramai. Tak macam Downtown, KL. Ramai gadis-gadis yang bersize macam-macam dengan gaya lenggok yang berbeza. Bontot siapa yang tak pernah kena sentuh (dengan niat sengaja atau tidak disengajakan) di Downtown, dia pawer.

***

Baring kat sekitar Danga Bay tapi aku tak tahu nak bagitahu dengan lebih detail sebab aku pun tak tahu ni kawasan mana. Seingat aku, ada u-turn dan banyak mat rempit kat sini. Aku dengan Jigs label tempat ni 'Dataran Merdeka JB'. Dari sini memang nampak pantai yang tak berapa nak bersih. Aku pun tak pasti yang di depan tu betul ke Singapura. Sambil layan lagu-lagu kegemaran dari Pinkly Smooth, aku menutup mata dan mulakan ekspedisi untuk mempercepatkan hari ini berlalu. Dan aku cuma perlu memikirkan mana aku perlu mandi esok.

 'Weh, bangun. Kau boleh bantai tidur pulak. Hujan ni.'
 'Nak tidur mana?'
 'Calllah Hoblin. Manatahu dia kasi tumpang hotel.'
 'Ok-ok.'

Jigs mengejutkan aku dari tidur. Sekarang dah lagu Mezmer dari Pinkly Smooth. Nampak jelas yang aku baru beberapa belas minit dapat tidur. Jadi sekarang, aku perlu membelek handphone dan cari Hoblin sebelum aku kehilangan tempat tidur. Malam ni sejuk sikit sebab hujan. Jadi, lebih baik aku cari tempat tidur yang lebih selesa dari kesejukan yang terlampau.

***

Sabtu. Danga Bay, Johor Bharu.
Aku tak tahu apa dalam kepala otak aku bila kena merasa 6-7jam yang sama macam dari Kuala Lumpur-Johor Bharu. Tapi realitinya, aku kena hadap juga sebab aku perlu balik sebelum pagi esok. Pagi esok aku perlu ke Seremban kerana hal-hal yang tertentu.

 'Jomlah gerak, dah pukul 2petang ni. Taknak sampai KL lambat sangat.'
 'Ok, jap. Ambik beg.'
 'Ok, aku tunggu bawah.'

Perjalanan bermula dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur. Bersedialah bontot sebab kau akan kekebasan tak lama lagi. Bukan kau, tapi aku. 6-7jam perjalanan adalah perjalanan yang panjang. Macam biasa, mulakan dengan bismillah. Semoga perjalanan hebat dapat dikenang dalam minda sendiri, bukan orang lain.

***

R&R Ayer Keroh, Melaka.
 'Aku nak klip tu. Muka dia macam aku, comel!'
 'Ah, aku punyalah. Aku yang ambik. Mana boleh.'
 'Takyah balik KLlah.'
 'Pergi mampus.'

Bergaduh sebab klip yang konon-konon boleh tersimpan sampai 2tahun akan datang. Padahal, persahabatan lagi penting dari klip tu. Kitorang hampir bergaduh sebab klip bangang. Jadi bangang untuk sesuatu yang bangang.

 'Aku pergi tandas jap.'
 'Mana klip tu?'
 'Aku bawak. Pergi mampus.'

***

Aku menuju ke arah pondok tempat aku dan Jigs berehat. Aku nampak muka Jigs macam nak gelak pun ada, macam nak maki pun ada. Aku tak faham. Sebab aku perasan dia mulai perhati aku dari aku mula keluar tandas. Ada benda dia nak bagitahu ni.

 'Kau pergi sini tak bagitahu mak kau ke?'
 'Asal?'
 'Dia call tadi.'
 'Asal kau angkat?'
 'Kau tak save nombor mak kau, bodoh!'
 'Oh lupa, dia cakap apa je?'

***

Beberapa minit lepas
Handphone Giko bergetar. Mangkuk ni memang tak reti nak buat mode normal kat handphone dia. Silent memanjang.
--0123456789

 'Hello.'
 'Giko, kat mana?'
 'Ni kawan dia. Giko kat tandas. Ontheway balik KL dah.'
 'Korang pergi mana?'

Terkedu. Tak tahu nak jawab apa bila mak si Giko tanya soalan macam ni. Bodoh Giko, bodoh!

 'Aaaa, dari KLCC ni. Kejap lagi dia baliklah.'
 'Ok, suruh dia balik. Dah 2hari dia tak balik.'
 'Ok.'

No comments:

Post a Comment